Gotong Royong Seria

Pada Sabtu 25 Disember 2010 pihak SeRIA telah mengadakan
gotong royong sebagai persediaan untuk sesi persekolahan 2011.
Ramai ibu bapa turut hadir membantu.

Read more...

Lawatan & Kem UPSR 2010 - Kembara Bermula


4 Nov 2010 - Seramai 20 orang pelajar tahun 6 telah memulakan kembara dalam aktiviti lawatan dan kem selepas UPSR. Program selama 4 hari ini bermula dengan solat Isya' bersama di surau sekolah. Pelajar, pengiring dan ibubapa juga melakukan solat sunat hajat dan musafir bersama-sama.


Pelajar-pelajar telah diiringi oleh 4 orang tenaga pengajar iaitu Muallim Baihaqi, Muallim Azim, Muallimah Hanisah dan Muallimah Saadah. Kembara ini telah berlepas pada pukul 9:45 malam dengan menaiki bas yang disewa khas dari Universiti Malaysia Pahang (UMP).


Semoga kembara ini selamat pergi dan kembali serta beroleh manfaat. Laporan penuh akan menyusul. InsyaAllah.

Read more...

PENGUMUMAN: Lawatan Sambil Belajar

Perkara diatas adalah dirujuk. Semoga kita semua beroleh rahmat dan keredhaan Allah SWT. Sukacita dimaklumkan gabungan sekolah – sekolah IPS akan mengadakan Kem Pembinaan Sahsiah Peringkat Zon Timur pada 4 - 6 November 2010 di Resort Sri Pantai, Bachok Kelantan bagi pelajar tahun 6.

Disamping itu, SeRIA juga akan mengadakan lawatan sambil belajar di beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan.

Program tersebut untuk memantapkan pembinaan Sahsiah Pelajar disamping mengeratkan silaturrahim antara mereka. Selain itu, lawatan diadakan bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar – pelajar.

Bayaran dikenakan sebanyak RM100.00 seorang termasuk pendaftaran (Kem Pembinaan Sahsiah), kos pengangkutan dan tiket lawatan. Duit poket perlu disediakan untuk makan di luar kem iaitu sebanyak RM30.00 seorang untuk 2 kali sarapan dan 3 kali makan tengahari dan malam.

Tentatif program dan jadual perjalanan serta surat akuan kebenaran ibubapa/penjaga untuk tindakan dan makluman pihak tuan/puan telah diedarkan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. Surat akuan tersebut hendaklah diserahkan semula selewat – lewatnya pada 1 Nov 2010 (Isnin) .

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam

” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Hari Persekolahan Ganti

Sukacita dimaklumkan bahawa, sempena hari raya Aidiladha, SeRIA akan bercuti pada 18 dan 19 November 2010 (Khamis & Jumaat). Maklumat cuti adalah seperti berikut :

Tarikh Cuti Catatan
18/11/2011 (Khamis) Cuti Peristiwa
19/11/2010 (Jumaat) Cuti Berganti - Tarikh ganti 30/10/2010 (Sabtu).


Sehubungan dengan itu, sesi persekolahan pada hari tersebut akan mengikut jadual waktu pada hari Jumaat.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Read more...

PENGUMUMAN: Peperiksaan PKSR 4/2010

Sukacita di maklumkan bahawa semua pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) 4 yang akan diadakan pada 22 Oktober hingga 29 Oktober 2010 (Jumaat hingga Jumaat).

Jadual peperiksaan PKSR 4 telah diedarkan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Di harap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Untuk makluman tuan/puan, waktu pulang pelajar sepanjang peperiksaan tersebut adalah pada jam 2.00 petang selepas makan tengahari dan juga solat zohor.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam
” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Peperiksaan Penilaian Rendah Agama Islam (PRAI) 2010

Semoga kita semua beroleh rahmat dan keredhaan Allah SWT. Sukacita dimaklumkan pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan Penilaian Rendah Agama Islam (PRAI) bermula dari 26 Oktober hingga 28 Oktober 2010.

Jadual peperiksaan Penilaian Rendah Agama Islam (PRAI) telah diedarkan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Di harap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam

” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Peperiksaan PKSR 3/2010

Sukacita di maklumkan bahawa semua pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) 3 yang akan di adakan pada 27 September hingga 1 Oktober 2010 (Isnin hingga Jumaat).

Jadual peperiksaan PKSR 3 telah diedarkan kepada pelajar untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Di harap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Untuk makluman tuan/puan, waktu pulang pelajar sepanjang peperiksaan tersebut adalah seperti biasa iaitu 3.50 petang.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam


”BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

Peperiksaan UPSR 2010


Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 telah bermula pada hari ini (Selasa). Seramai 20 orang calon akan menduduki peperiksaan ini yang akan berakhir pada hari Khamis.

Kelihatan Ketua Pengawas sedang mengetuai bacaan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan. Mudirah juga mengambil kesempatan ini untuk memberi tazkirah pendek sebagai motivasi kepada pelajar dalam mengejar kejayaan hakiki.



Selamat menduduki peperiksaan dari semua warga SeRIA. Semoga Berjaya.

Read more...

Pesanan Luqman al-Hakim - 04

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Read more...

Sumbangan Ramadhan

Sempena Ramadhan bulan untuk memberi,
pihak Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas Kuantan
dengan kerjasama HALUAN cawangan Pahang
telah mengadakan sedikit sumbangan kepada
fakir miskin dan anak-anak yatim
yang tinggal di persekitaran SeRIA.
Majlis telah diadakan pada Ahad 29 Ogos 2010
bertempat di Dewan Surau SeRIA.
Acara telah dipengerusikan oleh Tn Hj Ramli Ngah.
Majlis bermula dengan ucapan aluan dari
Tn Hj Tg Abd Rashid Tg Othman, Pengerusi HALUAN Pahang.
Kemudian diikuti dengan penyampaian tazkirah
oleh Tn Hj Mohd Ghani Salleh, Penasihat SeRIA.
Di dalam tazkirah beliau yang sarat dengan nasihat
dan renungan buat kita bermuhasabah setelah hampir
2/3 Ramadhan berlalu.

Beliau mengupas tulisan Dr Aaidh Al Qarni
yang membicarakan tentang 3 penyimpangan
yang berlaku pada umat islam ketika di bulan ramadhan,
yang dipetik dari kitab pengajaran2 di masjid
pada bulan ramadhan. Antaranya

1. Ramai sekali orang islam yang tidak mengenal
Allah kecuali pada bulan ramadhan.
Mereka berbuat maksiat,
mengingkari perintah ALlah dan Rasul
selama 11 bulan yang lain, tetapi bila tiba ramadhan
mereka bergegas2 pergi ke masjid.
Bukankah pemilik ramadhan ialah
pemilik syawal dan sya'aban?

2. Ramai sekali orang islam bila ramadhan tiba
mereka sangat menjagaisolat tarawih,
berbondong2 mereka ke masjid.
Tetapi apabila ramadhan berakhir,
mereka tidak lagi dilihat solat fardu berjamaah
di masjid. Mengapa mereka tidak bersikap
bersungguh2 untuk solat fardhu berjamaah?
Sedangkan solat fardhu berjamaah sekali
lebih baik dari solat sunat tarawih
30 malam di bulan ramadhan?

3. Ramai orang berpuasa tetapi menghabiskan
waktu siangnya dengan tidur.
Mereka tidur dari pagi hingga zohor,
terus ke asar, kemudian maghrib,
maka di mana kenikmatan puasa?

Jadi sama-sama kita bermuhasabah agar kita
tidak tergolong dalam 3 kumpulan yang rugi ini.

Kemudian sumbangan ramadhan telah disampaikan
oleh Tn Hj Mohd Ghani b Salleh.
Selain dari penduduk-penduduk yang miskin di sekitar SeRIA,
turut menerima sumbangan ialah anak-anak yatim
dan miskin dari Ma'ahad Tafiz Bukit Rangin.
Semoga sedikit yang disumbangkan
akan meringankan beban yang ditanggung.

Akhirnya semua yang hadir bersama-sama
berbuka puasa, bersolat maghrib dan terawih berjamaah.
Semoga Allah menerima semua amal-amal kita.

Read more...

PENGUMUMAN: Cuti Persekolahan

Sukacita dimaklumkan, SeRIA akan bercuti pertengahan penggal ke-2, Hari Raya Aidilfitri dan cuti semasa UPSR seperti berikut:

  • Cuti Pertengahan Penggal ke-2 4/9/2010 - 12/9/2010
  • Cuti Hari Raya Aidilfitri 10/9/2010 - 19/9/2010
  • Cuti semasa UPSR ( pra - thn 5) 21/9/2010 - 23/9/2010

Untuk makluman ibubapa/penjaga, kelas tambahan bagi pelajar tahun 6 akan diadakan pada cuti persekolahan seperti berikut:

  • 18/9/2010 (Sabtu) 8:30 pagi - 12:00 tengahari Matematik
  • 19/9/2010 (Ahad) 8:30 pagi - 12:00 tengahari Bahasa Melayu
  • 20/9/2010 (Isnin) 8:30 pagi - 12:00 tengahari Bahasa Inggeris

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.



“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK &
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

Read more...

Iftar Jama'ei Beramai-ramai.

Hari ini Khamis 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431H
murid-murid Sekolah Rendah Ibnu Abbas
telah berkumpul bersama-sama dalam
Program Iftar Jama'ie beramai-ramai.

Seawal jam 6.30 petang murid-murid telah berkumpul
di Dewan Surau Ibnu Abbas untuk mendengar
sedikit tazkirah.

Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Sufian Aziz.
Ingat tak anak2 SeRIA semua apa pesan ustaz?
1. Kita puasa kerana Allah swt, bukan kerana
mak @ ayah suruh atau cikgu suruh atau
puasa kerana malu pada kawan-kawan lain yang berpuasa.
2. Macam mana puasa kita diterima Allah?
Semasa buat sentiasa ikut apa yang Allah perintahkan.
Apa yang Allah perintahkan kepada kita?
Solat mesti dijaga cukup 5 waktu.
Kemudian taat kepada kedua ibu bapa.
Juga taat kepada mu'alim dan mu'alimah
kerana mereka juga pengganti ibu dan bapa
sewaktu di sekolah.
3. Banyak melakukan perkara-perkarah sunnah
sewaktu berpuasa terutama membaca Al-Qur'an.
4. Jauhi dari apa yang Allah swt larang
seperti melawan cakap ibu dan bapa
dan bercakap bohong.
Semoga apa yang disampaikan oleh ustaz
dapat anak-anak SeRIA amalkan dalam hidup seharian.

Kemudian berbuka beramai-ramai dengan
kurma dan air masak.

Selepas itu solat maghrib berjamaah.

Akhirnya dijamu dengan nasi minyak berlauk
ayam dan daging.
Huhu... nampak makan tak ingat cikgu dah ye...

Alhamdulillah suasana yang ada dapat merapatkan
ukhwah antara pelajar dan juga guru-guru.
Semoga amal ibadah kita disepanjang Ramadhan
mendapat keredhaan Allah swt jua.

Read more...

Senyum Yang Ikhlas


Read more...

Program Berbuka Puasa & Solat Hajat UPSR 2010

Pada Sabtu 21 Ogos 2010 telah diadakan program berbuka puasa dan solat hajat untuk calon-calon UPSR 2010. Majlis telah diadakan di Masjid Lama Permatang Badak dengan kerjasama HALUAN Pahang dan JK Masjid Lama Permatang Badak. Program telah bermula seawal 5.30 petang dengan dimulai dengan penyampaian ijtima' am yang telah disampaikan oleh Tn Hj Mohd Ghani Salleh, Setiausaha HALUAN Malaysia yang juga merupakan Penasihat SeRIA. Kemudian majlis berbuka beramai-ramai dan diikuti dengan solat maghrib, solat hajat, solat isya' dan solat terawih berjamaah. Sambutan yang hadir amat mengalakkan.

Kepada calon-calon UPRS 2010, diucapkan semoga berjaya dengan cemerlang untuk UPRS 2010 nanti. Sempena bulan Ramadhan yang penuh baraqah ini sama-sama manafaatkan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan memohon dariNya agar dipermudahkan urusan peperiksaan nanti. Anak-anak SERIA boleh melakukan yang terbaik, Insya'ALlah.

Read more...

PENGUMUMAN: Majlis Berbuka Puasa Guru dan Murid - Ramadhan 1431H

Sukacita dimaklumkan, untuk menyemarakan Bulan Ramadhan, SeRIA akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Guru dan Murid pada hari Khamis, 26 Ogos 2010.

Majlis akan bermula pada pukul 6:30 petang dengan aturcara seperti berikut:

  • Tazkirah Ramadhan
  • Berbuka Puasa
  • Solat Magrib
  • Bersurai

Sehubungan itu, murid-murid dijemput menghadiri majlis berbuka puasa bersama guru. Murid-murid digalakan membawa sedikit kuih-muih bagi memeriahkan lagi majlis berbuka ini.

Murid-murid diharap dapat menyerahkan surat keizinan ibubapa menyertai program ini selewat-selewat-lewatnya pada hari Isnin 23 Ogos 2010.



Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.
“BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”
“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK”

Read more...

PENGUMUMAN: Waktu Persekolahan Pada Bulan Ramadhan

Sukacita dimaklumkan bahawa waktu persekolahan beroperasi pada bulan Ramadhan adalah pada pukul 7.50 pagi hingga pukul 2.00 petang (Isnin hingga Khamis) dan 12.00 tengahari (Jumaat).

Diharap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan hadir dan pulang pada waktu yang ditetapkan.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.



“BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”
“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK”

Read more...

PENGUMUMAN: Qiamullail Tahap 2

Sukacita dimaklumkan bahawa SeRIA akan mengadakan program Qiammullail Tahap 2, pada 30 hingga 31 Julai 2010.

Program tersebut akan diadakan seperti berikut :-

  • Tempat : Sek.Ren. Ibnu Abbas (SeRIA)

  • Masa : Rujuk Tentatif

  • Peserta Terlibat : WAJIB kepada Pelajar Tahap 2
    (Tahun 4,5,6)


Sehubungan itu, sumbangan sebanyak RM5.00 seorang amatlah dialu – alukan bagi menjayakan program tersebut.

Tentatif program telah diedarkan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan.

Kerjasama daripada tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam


“BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Tawaran Kemasukan Persekolahan Tahun 2011

Semoga kita semua beroleh rahmat dan keredhaan Allah SWT.

Perkara diatas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan tawaran kemasukan persekolahan bagi seisi tahun 2011 Pra dan Darjah 1 masih lagi terbuka sehingga kini.

Tuan/puan yang mempunyai anak berumur 6 - 7 tahun pada 2011 dan ingin mendaftar anak tuan/puan bolehlah mendapatkan dan mengisi borang kemasukan pelajar di pejabat SeRIA.

Kerjasama tuan/puan amatlah kami hargai dan disusuli dengan ucapan ribuan terima kasih dan Jazakallah Khairal Jaza'. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh disisi Allah SWT.

Wassalam


”BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Makluman Waktu Kelas Komputer

Dengan segala hormatanya, perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita di maklumkan bahawa SeRIA akan mengadakan mengadakan kelas komputer bermula 19 Julai 2010.

Untuk makluman ibubapa/penjaga, kelas akan diadakan pada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang mengikut hari yang ditetapkan seperti berikut :

Isnin - Bagi pelajar tahun 3,4 dan 5
Khamis - Bagi pelajar tahun 1 dan 2

Memandangkan tempat terhad, pihak sekolah terpaksa membahagikan kelas kepada 2 hari seperti yang dinyatakan. Di harap ibubapa/penjaga dapat memberi perhatian di atas pembahagian waktu kelas komputer tersebut.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama ibubapa/penjaga kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakllahukhairan.

Wassalam

”BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

Pesanan Luqman al-Hakim - 03

Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

Read more...

Pesanan Luqman al-Hakim - 02

Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Read more...

PENGUMUMAN: Hari Penyerahan Rekod Prestasi Pelajar

Dengan segala hormatanya, perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita di maklumkan bahawa SeRIA akan mengadakan hari penyerahan rekod prestasi pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun sesi 2010 seperti berikut :-

Tarikh : 2 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Darjah, SR Ibnu Abbas.

Di harap tuan/puan dapat menghadirkan diri bagi mendaptkan rekod prestasi anak jagaan tuan/puan. Bagi pelajar yang mempunyai yuran tertunggak melebihi 1 bulan, diharap dapat menjelaskan tunggakan tersebut di pejabat sebelum mendapatkan rekod prestasi anak tuan/puan.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakllahukhairan.

Wassalam

”BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

Pesanan Luqman al-Hakim - 01

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKAL kepada ALLAH.

Read more...

Kem Mini Hafazan 2 Yang Meriah



Pada 7 - 10 Julai 2010 telah diadakan Kem Mini Hafazan 2 bertempat di Sekolah Rendah Ibnu Abbas. Peserta kem ini adalah seramai 54 orang yang terdiri dari pelajar tahun 3 hingga pelajar tahun 6. Kem selama 4 hari ini telah dikendalikan oleh 4 orang guru iaitu Muallim Wan Mohd Azim, Muallim Ismail, Muallimah Jalilah dan Mualllimah Hafidah, dan dibantu oleh 18 orang fasilitator yang merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Ibnu Abbas.

Aktiviti utama yang dilakukan oleh para peserta ialah membuat ulangan bacaan dari surah An-Nas hingga surah Ad-Dhuha. Kemudian mereka diminta untuk menghafaz surah Yasin. Selain aktiviti hafazan terdapat beberapa aktiviti sampingan yang diadakan seperti quiz, talk show, pelajaran tajwid, ceramah dan game. Pada hari ke3 peserta telah bermalam di sekolah dimana pada malamnya diadakan program explorerace dan qiamullail.

Peserta lelaki terbaik jatuh kepada pelajar tahun 5, Mohammad Abbas Salimi manakala peserta perempuan terbaik jatuh kepada pelajar tahun 6, iaitu Iffa Afzan. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan pada hari Isnin depan dalam perhimpunan pagi.

Pada keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang baik dan dengan itu insyaAllah ianya akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang telah ditimba oleh para peserta bersama guru dan fasilitator dapat diamalkan untuk mendapat manfaatnya.

"ILMU TANPA AMAL ADALAH IBARAT POKOK TANPA BUAH"

Laporan oleh:

Sharifah Asma' (fasilitator)

Read more...

Siapa Luqman al-Hakim

Surah Luqman; ayat 12


Luqman al-Hakim(Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh(Azar), oleh itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Luqman di katakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan. Dia pernah menjadi kadi yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

Para ulama' sepakat mengatakan Luqman itu seorang ahli hikmah (bijaksana) bukan seorang nabi kecuali Ikrimah dan Assyi'bi sahaja mengatakannya nabi kerana lafaz hikmah dalam ayat ini dimaknakan "kenabian". Dan dikatakan apabila Luqman disuruh memilih hikmah dengan Nubuwwah(Kenabian) dipilihnya hikmah.

Adalah diceritakan , bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: " Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hokum yang benar?" Jawabnya" Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan aku pilih Afiat(selamat) dan aku tidak mahu bala (ujian). Tetapi jika ditugaskan juga aku akan taat kerana aku tahu bahawa Allah kalau menetapkan sesuatu kepadaku Dia pasti menolong dan memeliharaku.

Kemudian para malaikat pun bertanya" Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi hikmah?" Luqman menjawab: sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, jika tersalah jalan ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik dari dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih dari akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat Malaikat takjub mendengar kata-kata Luqman. Apabila Luqman tertidur, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah.

Ada pula diceritakan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu @ tukang gembala kambing. Apabila bertemu seorang lelaki dia bercakap penuh hikmah sehingga lelaki itu takjub lalu bertanya " bukankah engkau seorang gembala kambing?" Luqman menjawab "benar". Lalu tanya lelaki itu "bagaimana engkau mencapai kedudukan bagini?" Luqman menjawab " Aku mendapat dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tidak ambil tahu apa yang bukan urusanku".

Sesetengah ulama' mengatakan Luqman seorang hamba hitam dari Sudan Mesir, bibirnya tebal dan tapak kakinya retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang Sudan itu 3 orang iaitu Bilal bin Robah, Mahja' hamba saidina Umar dan Luqman. Orang keempat pula ialah an-Najasyi raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi s.a.w.

Dipetik dari Tafsir al-Quran, Pustaka Mizan, oleh Ahmad Sonhadji Mohamad

Read more...

PENGUMUMAN: Kem Mini Hafazan Al-Quran Kali Ke-2

Perkara diatas adalah dirujuk.

Ingin dimaklumkan bahawa SR Ibnu Abbas akan mengadakan program Kem Mini Hafazan Al-Quran kali ke-2 semasa cuti persekolahan penggal pertama untuk pelajar tahun 3 hingga tahun 6. Tujuan program ini diadakan adalah membentuk anak – anak cintakan Al-Quran dan memantapkan bacaan serta mampu menghafal dengan baik.

Program tersebut akan diadakan pada ketetapan pada berikut :

Tarikh / Hari : 7 Jun hingga 10 Jun 2010 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Surau SeRIA
Bayaran : RM35.00 seorang

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, makan pagi dan tengahari peserta disediakan. Ibu bapa/penjaga yang berminat bolehlah mengisi borang yang telah diedarkan dan kembalikan semula sebelum 5 Jun 2010 (Jumaat).

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakllahukhairan.

Wassalam.

” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Kelas Tambahan UPSR 2010

Sukacita di maklumkan bahawa pihak SeRIA akan mengadakan kelas tambahan UPSR bagi semua pelajar tahun 6 bermula pada 14/6/2010 hingga 17/6/2010.

Jadual kelas tambahan UPSR telah diedarkan untuk rujukan tuan/puan. Diharap tuan / puan dapat memastikan anak jagaan tuan / puan hadir ke kelas tambahan tersebut.


Tarikh / Hari Masa 8.30 – 9.30 10.00 – 11.00 11.00 – 12.00
14/6/2010 (Isnin) Matematik Matematik Matematik
15/6/2010 (Selasa) B.Melayu B.Melayu B.Melayu
16/6/2010 (Rabu) Sains Sains Sains
17/6/2010(Khamis) B.Inggeris B.Inggeris B.Inggeris

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakllahukhairan.

Wassalam.
” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Peperiksaan PKSR 2 / 2010 (Pertengahan Tahun)

Sukacita di maklumkan bahawa semua pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) 2 yang akan di adakan pada 31 Mei hingga 4 Jun 2010 (Isnin hingga Jumaat).

Jadual peperiksaan PKSR 2 telah diedarkan kepada pelajar untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Di harap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Untuk makluman tuan/puan, waktu pulang pelajar sepanjang peperiksaan tersebut adalah pada jam 2.00 petang selepas makan tengahari dan juga solat zohor.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakllahukhairan.

Wassalam

” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

Yuran Persekolahan

JENIS

KADAR

Pendaftaran

RM 50 (sekali sahaja)

Bangunan

RM 100 (setahun)

Tahunan

RM 80 (setahun)

Bulanan**

RM 140 (sebulan)

** terdapat potongan untuk anak melebihi 2 orang

Read more...

PENGUMUMAN: Kenaikan Yuran Persekolahan

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak ALT (Ahli Lembaga Tadbir) SeRIA telah memutuskan kenaikan yuran bulanan sekolah sebanyak RM10.00 seorang. Selain itu, untuk memudahkan pengurusan pihak sekolah dan ibu bapa/penjaga, yuran bulan Disember akan diagihkan ke dalam bayaran bulan – bulan yang lain sebanyak RM10.00. Oleh itu, jumlah bayaran yuran keseluruhan ialah sebanyak RM140.00 sebulan bermula 1 Jun 2010.

Untuk makluman ibu bapa/penjaga yuran bulan Disember 2010, masih berbaki sebanyak RM70.00.

Kenaikan yuran ini dilakukan ekoran kos pengoperasian sekolah yang semakin meningkat. Pihak sekolah memohon maaf diatas kesulitan ini.

Sekian dimaklumkan. Kerjasama daripada tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.

”BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

Hari dan Waktu Persekolahan

HARI PERSEKOLAHAN

Hari persekolahan adalah pada hari Isnin hingga Jumaat. Cuti persekolahan tertakluk kepada cuti am Kerajaan Malaysia dan cuti Kerajaan Negeri Pahang. Cuti-cuti lain adalah mengikut apa yang diputuskan oleh Lembaga Tadbir Sekolah dari masa ke semasa.


WAKTU PERSEKOLAHAN

HARI

WAKTU

Isnin - Khamis

8:00 pagi - 3:50 petang

Jumaat

8:00 pagi - 12:00 tengahari

Read more...

Bilangan Pelajar SeRIA 2010

KELAS

BILANGAN PELAJAR

Pra-Sekolah

21

Tahun 1

34

Tahun 2

31

Tahun 3

27

Tahun 4

20

Tahun 5

22

Tahun 6

20

JUMLAH

175

Read more...

PENGUMUMAN: Raptai Penuh Sukan Dwi-Tahunan

Sukacita dimaklumkan SeRIA akan mengadakan raptai penuh (latihan sukan) bersempena sukan yang akan diadakan pada 2 Mei 2010 (Ahad). Berikutan itu, raptai sukan akan diadakan pada 29 April 2010 (Khamis) jam 7.50 pagi di Sek.Keb Permatang Badak (Padang belakang Klinik Desa berhampiran kawasan perumahan).

Justeru itu, tuan/puan diharap dapat menghantar anak jagaan tuan/puan di Sek. Keb. Permatang Badak pada sebelah pagi dan mengambil anak jagaan tuan/puan di SeRIA pada sebelah petang seperti biasa.

Diharap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan memakai pakaian sukan pada hari tersebut dan tidak perlu membawa beg sekolah.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan jazakllahukhairan.

Wassalam

”AKAL YANG CERDAS BERMULA DARI BADAN YANG SIHAT”

Read more...

PENGUMUMAN: Cuti Peristiwa Sempena Sukan Dwi-Tahunan 2010

Sukacita dimaklumkan SeRIA akan mengambil cuti peristiwa bersempena Sukan Dwi-Tahunan SeRIA pada Isnin, 3 Mei 2010.

Semua pelajar dikehendaki hadir semula kesekolah dan menjalani sesi persekolahan seperti biasa pada Selasa, 4 Mei 2010.

Read more...

PENGUMUMAN: Sukan Dwi-Tahunan SeRIA 2010

Sukacita dimaklumkan, pihak SeRIA akan mengadakan Sukan Dwi-TahunanSeRIA 2010 pada ketetapan berikut:

  • Tarikh : 2 Mei 2010
  • Masa : 7:30 pagi - 12:00 tengahari
  • Tempat : Padang Sek. Keb. Permatang Badak

Sehubungan itu, bayaran minima RM5.00 seorang akan dikenakan bagi setiap pelajar untuk tujuan makan, minum, dan pengurusan rumah sukan masing-masing.

Ibubapa/penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sukan tersebut.

Read more...

PENGUMUMAN: Perjumpaan Ibubapa/Penjaga Pelajar UPSR 2010

Sukacita dimaklumkan, pihak SeRIA akan mengadakan perjumpaan bersama ibubapa/penjaga pelajar yang akan memduduki peperiksaan UPSR 2010. Perjujmpaan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

  • Tarikh : 12 April 2010
  • Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
  • Tempat : Perpustakaan SeRIA

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah :

  1. Dapat memberi laporan mengenai perkembangan calon
  2. Mendapat maklumbalas ibubapa/penjaga tentang perkembangan calon di rumah
  3. Menerima cadangan/kerjasama dalam membantu meningkat prestasi calon UPSR

Diharap ibubapa/penjaga dapat meluangkan masa menghadiri perjumpaan ini demi kecemerlangan pelajar khususnya dan sekolah amnya.

Read more...

Kakitangan Sekolah

KAKITANGAN AKADEMIK/DEENIAH

1. Pn. Hjh Zaini bt. Musa ( Mudirah )
2. Ustaz Abd. Ghani b.. Abd. Rahman ( Setiausaha )
3. Pn. Rahmah bt. Abd. Manan ( GPK Hal Ehwal Akademik )
4. Pn. Wan Maiha bt. Wan Mustafa ( GPK Hal Ehwal Murid )
5. Pn. Hanisah bt. Ismail ( Ko-Kurikulum )
5. Pn. Siti Ilani bt . Bakeri ( Setiausaha Hal Ehwal Sumber )
6. En. Muhamad Ismail b. Mohd Nasir ( Setiausaha Hal Ehwal Staf )
7. Pn. Azah Salimi bt, Mohd Nasir
8. Pn. Hamidah bt. Mohamed
9. Pn. Rohaiza bt. Ibrahim
10. Pn. Shahbatun bt. Abu Bakar
11. Cik Nurjalilah bt. Che `Azih
12. En. Mohd. Baihaqi b. Abd. Rahman
13. Cik Norhafidah bt. Hamsah
14. Cik Wan Nur Sa`adah bt. Wan Muda
15. Pn. Norashjura bt. Juhari
16. Cik Nik Suhana bt. Ismail
17. En. Wan Abd. Azim b. Wan Yusof


KAKITANGAN PENTADBIRAN

1. Pn. Ainul Mardhiah bt. Mohamed ( Pemb. Tadbir )
2. Pn. Nora bt. Samsuddin ( Pembantu Am )

Read more...

Kurikulum

Sekolah Rendah Ibnu Abbas menggunakan kurikulum bersepadu yang menggabungkan matapelajaran akademik (KBSR) dan deeniah. Pelajar akan mengambil 2 peperiksaan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR – 5 subjek) dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Penilaian Rendah Agama Islam(PRAI – 6 subjek) di dibawah Majlis Sekolah Agama Malaysia.


Matapelajaran Akademik
  * Bahasa Melayu
  * Bahasa Inggeris
  * Matematik
  * Sains
  * Komputer / IT


Matapelajaran Pendidikan Islam / Deeniah
  * Tajwid Al Quran
  * Aqidah
  * Feqah
  * Akhlak
  * Seerah
  * Tahfiz Al-Quran
  * Bahasa Arab
 

Aktiviti Ko-Kurikulum
  * Perkhemahan
  * Sukan
  * Tamrin
  * Puteri Islam
  * Mentor-mentee dll

Read more...

Falsafah dan Objektif

FALSAFAH

Suasana pendidikan yang terancang, terpimpin, terkaya, kemaskini dan sempurna adalah perlu untuk menyumbang dan meningkatkan potensi pelajar ke arah melahirkan insan yang cemerlang dari segi rohani, intelek, jasmani dan emosi serta dapat memberi khidmat terhadap manusia, negara dan alam berdasarkan keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

OBJEKTIF

  • Memberi pendidikan dan pengetahuan agama Islam, mengajar Al Quran dan pelbagai bidang ilmu pengetahuan dengan didikan wajar meliputi aspek rohani, intelek dan jasmani dan lain lain ilmu yang berkaitan
  • Melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT serta yang menghayati ilmu pengetahuan
  • Membina generasi yang berakhlak mulia dan berkeperibadian tinggi
  • Memberi didikan kearah melahirkan insan yang mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi perintis, pengurus, pendakwah dan pemimpin masyarakat yang baik di masa hadapan

Read more...

PENGUMUMAN: Program Perkhemahan Tahunan (Tahun 4, 5 dan 6)

Sukacita dimaklumkan pihak SeRIA akan mengadakan program perkhemahan tahunan pada 26 – 28 Mac 2010 (Jumaat hingga Ahad). Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tempat : Tapak Ekspo, Taman Pertanian
Masa : Rujuk Tentatif
Peserta : Pelajar Tahun 4,5 dan 6
Bayaran :
Pengangkutan Pelajar : SENDIRI

Bersama ini disertakan tentatif dan borang kebenaran ibubapa / penjaga. Borang tersebut hendaklah dikembalikan selewat – lewatnya pada 25 Mac2010.

Sekian dimaklumkan. Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Read more...

Piagam Sekolah

  • Memberi didikan yang sempurna kepada pelajar berpandukan manhaj Al-Quran dan As-Sunnah
  • Mengajar Al Quran kepada pelajar sehingga mampu menguasai bacaan dengan baik dan menghayatinya dalam kehidupan
  • Meniunjukan khudwah hasanah (tauladan baik) kepada pelajar dengan sifat mualim dan mualimah yang rabbani
  • Mewujudkan bi'ah solehah (suasan baik) yang menyeronokan bagi merangsang minda dan minat dalam pembelajaran
  • Menerima teguran dan kritikan dengan ikhlas dan bersedia membuat pembaikan dari masa kesemasa

Read more...

Sejarah Penubuhan Sekolah

Sekolah ini adalah milik Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI) mula ditubuhkan pada tahun 1999 dan memulakan operasi pada awal 2000. Ahli Lembaga Pengelolanya adalah terdiri dari ahli-ahli KOBI yang mempunyai latarbelakang pendidikan akademik dan profesional yang berpengalaman dan komited serta mempunyai kefahaman Islam yang mantap.

Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI) adalah satu-satunya koperasi yang menjadikan bidang pendidikan sebagai haluan tuju utama operasinya. KOBI pernah dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik tahun 2007 dalam aspek kebajikan dn pendidikan di dalam Majlis Anugerah Kualiti Koperasi Pahang pada tahun 2007

Nama Sekolah Rendah Ibnu Abbas ( SeRIA ) adalah diilhamkan dari ketokohan dan kehebatan seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah B. Abbas (Ibnu Abbas ) yang merupakan seorang ilmuan dan ulama` yang amat komited dalam mempelajari, mengamal dan menyebarkan ilmu Islam yang menjadi harapan dan rujukan di zaman Rasulullah SAW, para sahabat. dan generasi seterusnya hingga kini.

Kini SeRIA telah genap 10 tahun operasinya dan telah mengeluarkan lebih 100 orang pelajar UPSR yang kini belajar diperingkat sekolah menengah.

Read more...

PENGUMUMAN: Kem Mini Hafazan Al-Quran 2010 (Siri 1)

Adalah dimaklumkan bahawa pihak SeRIA akan mengadakan program Kem Mini Hafazan Al-Quran semas cuti persekolahan penggal pertama untuk pelajar tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Tujuan program ini adalah untuk membentuk anak-anak cintakan Al-Quran dan memantapkan bacaan serta mampu menghafal dengan baik.

Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

  • Hari : Isnin hingga Khamis
  • Tarikh : 15 - 18 Mac 2010
  • Masa : 8:00 pagi - 4:00 petang
  • Bayaran : RM30.00 seorang

Ibubapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak jagaan mengikuti program ini bolehlah mengisi borang yang telah diedarkan melalui pelajar sekolah. Borang tersebut perlu diserahkan semula sebelum 12 Mac 2010.

Read more...

Dari Mudirah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

‘Membina Generasi Pewaris’ yang merupakan motto SR Ibnu Abbas telah menjadi hasrat semua pihak yang terlibat dengan sekolah ini. Atas rasa tanggungjawab tersebut warga sekolah sederap melangkah bersama-sama ALP sekolah berusaha, meningkatkan kemampuan serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikan murid-murid SR Ibnu Abbas. Cita-cita kami, selepas tamat persekolahan di sini telah tertanam di dalam jiwa anak-anak ilmu yang bermanfaat sebagai asas dalam pembentukan peribadi mereka sebagai muslim dan muslimah.

Saya yakin ibu bapa menaruh harapan yang tinggi terhadap sekolah ini sebagai satu institusi yang dapat memberikan sesuatu yang istimewa kepada anak-anak. Atas kesedaran tersebut kami jadikan sekolah dan murid-murid sebagai medan tempat kami beramal, mudah-mudahan kerja-kerja kami diredhai oleh Allah SWT.

Akhir kata setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak yang disayangi. Sama-samalah kita berdoa agar benih yang kita tanam hari ini akan menjadi pokok, mengeluarkan buah yang manis dan dapat dinikmati oleh semua orang pada masa akan datang, Insya Allah.

Jazakumullah Khairan Kathira. Wassalam.

Mudirah
Sekolah Rendah Ibnu Abbas

Read more...

Selamat Datang ke Blog SeRIA

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, blog Sekolah Rendah Ibnu Abbas Kuantan telah berjaya diwujudkan. Semoga ianya menjadi salah satu medium penghubung antara pihak pentadbiran sekolah dan semua pihak yang berkaitan. InsyaAllah blog ini akan dikemaskini dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah sepanjang tahun.

Segala komen dan cadangan dari semua pihak amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

SEKOLAH RENDAH IBNU ABBAS (SeRIA)
Lot 1/11294, Kampung Baru MPK, Permatang Badak,
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
09-536 5658

Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP