Falsafah dan Objektif

FALSAFAH

Suasana pendidikan yang terancang, terpimpin, terkaya, kemaskini dan sempurna adalah perlu untuk menyumbang dan meningkatkan potensi pelajar ke arah melahirkan insan yang cemerlang dari segi rohani, intelek, jasmani dan emosi serta dapat memberi khidmat terhadap manusia, negara dan alam berdasarkan keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

OBJEKTIF

  • Memberi pendidikan dan pengetahuan agama Islam, mengajar Al Quran dan pelbagai bidang ilmu pengetahuan dengan didikan wajar meliputi aspek rohani, intelek dan jasmani dan lain lain ilmu yang berkaitan
  • Melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT serta yang menghayati ilmu pengetahuan
  • Membina generasi yang berakhlak mulia dan berkeperibadian tinggi
  • Memberi didikan kearah melahirkan insan yang mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi perintis, pengurus, pendakwah dan pemimpin masyarakat yang baik di masa hadapan

Read more...

PENGUMUMAN: Program Perkhemahan Tahunan (Tahun 4, 5 dan 6)

Sukacita dimaklumkan pihak SeRIA akan mengadakan program perkhemahan tahunan pada 26 – 28 Mac 2010 (Jumaat hingga Ahad). Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tempat : Tapak Ekspo, Taman Pertanian
Masa : Rujuk Tentatif
Peserta : Pelajar Tahun 4,5 dan 6
Bayaran :
Pengangkutan Pelajar : SENDIRI

Bersama ini disertakan tentatif dan borang kebenaran ibubapa / penjaga. Borang tersebut hendaklah dikembalikan selewat – lewatnya pada 25 Mac2010.

Sekian dimaklumkan. Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Read more...

Piagam Sekolah

  • Memberi didikan yang sempurna kepada pelajar berpandukan manhaj Al-Quran dan As-Sunnah
  • Mengajar Al Quran kepada pelajar sehingga mampu menguasai bacaan dengan baik dan menghayatinya dalam kehidupan
  • Meniunjukan khudwah hasanah (tauladan baik) kepada pelajar dengan sifat mualim dan mualimah yang rabbani
  • Mewujudkan bi'ah solehah (suasan baik) yang menyeronokan bagi merangsang minda dan minat dalam pembelajaran
  • Menerima teguran dan kritikan dengan ikhlas dan bersedia membuat pembaikan dari masa kesemasa

Read more...

Sejarah Penubuhan Sekolah

Sekolah ini adalah milik Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI) mula ditubuhkan pada tahun 1999 dan memulakan operasi pada awal 2000. Ahli Lembaga Pengelolanya adalah terdiri dari ahli-ahli KOBI yang mempunyai latarbelakang pendidikan akademik dan profesional yang berpengalaman dan komited serta mempunyai kefahaman Islam yang mantap.

Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI) adalah satu-satunya koperasi yang menjadikan bidang pendidikan sebagai haluan tuju utama operasinya. KOBI pernah dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik tahun 2007 dalam aspek kebajikan dn pendidikan di dalam Majlis Anugerah Kualiti Koperasi Pahang pada tahun 2007

Nama Sekolah Rendah Ibnu Abbas ( SeRIA ) adalah diilhamkan dari ketokohan dan kehebatan seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah B. Abbas (Ibnu Abbas ) yang merupakan seorang ilmuan dan ulama` yang amat komited dalam mempelajari, mengamal dan menyebarkan ilmu Islam yang menjadi harapan dan rujukan di zaman Rasulullah SAW, para sahabat. dan generasi seterusnya hingga kini.

Kini SeRIA telah genap 10 tahun operasinya dan telah mengeluarkan lebih 100 orang pelajar UPSR yang kini belajar diperingkat sekolah menengah.

Read more...

PENGUMUMAN: Kem Mini Hafazan Al-Quran 2010 (Siri 1)

Adalah dimaklumkan bahawa pihak SeRIA akan mengadakan program Kem Mini Hafazan Al-Quran semas cuti persekolahan penggal pertama untuk pelajar tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Tujuan program ini adalah untuk membentuk anak-anak cintakan Al-Quran dan memantapkan bacaan serta mampu menghafal dengan baik.

Program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

  • Hari : Isnin hingga Khamis
  • Tarikh : 15 - 18 Mac 2010
  • Masa : 8:00 pagi - 4:00 petang
  • Bayaran : RM30.00 seorang

Ibubapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak jagaan mengikuti program ini bolehlah mengisi borang yang telah diedarkan melalui pelajar sekolah. Borang tersebut perlu diserahkan semula sebelum 12 Mac 2010.

Read more...

Dari Mudirah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

‘Membina Generasi Pewaris’ yang merupakan motto SR Ibnu Abbas telah menjadi hasrat semua pihak yang terlibat dengan sekolah ini. Atas rasa tanggungjawab tersebut warga sekolah sederap melangkah bersama-sama ALP sekolah berusaha, meningkatkan kemampuan serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikan murid-murid SR Ibnu Abbas. Cita-cita kami, selepas tamat persekolahan di sini telah tertanam di dalam jiwa anak-anak ilmu yang bermanfaat sebagai asas dalam pembentukan peribadi mereka sebagai muslim dan muslimah.

Saya yakin ibu bapa menaruh harapan yang tinggi terhadap sekolah ini sebagai satu institusi yang dapat memberikan sesuatu yang istimewa kepada anak-anak. Atas kesedaran tersebut kami jadikan sekolah dan murid-murid sebagai medan tempat kami beramal, mudah-mudahan kerja-kerja kami diredhai oleh Allah SWT.

Akhir kata setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak yang disayangi. Sama-samalah kita berdoa agar benih yang kita tanam hari ini akan menjadi pokok, mengeluarkan buah yang manis dan dapat dinikmati oleh semua orang pada masa akan datang, Insya Allah.

Jazakumullah Khairan Kathira. Wassalam.

Mudirah
Sekolah Rendah Ibnu Abbas

Read more...

Selamat Datang ke Blog SeRIA

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, blog Sekolah Rendah Ibnu Abbas Kuantan telah berjaya diwujudkan. Semoga ianya menjadi salah satu medium penghubung antara pihak pentadbiran sekolah dan semua pihak yang berkaitan. InsyaAllah blog ini akan dikemaskini dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah sepanjang tahun.

Segala komen dan cadangan dari semua pihak amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

SEKOLAH RENDAH IBNU ABBAS (SeRIA)
Lot 1/11294, Kampung Baru MPK, Permatang Badak,
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
09-536 5658

Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP