Hari Kesihatan SeRIA 2011

Hari Kesihatan di SeRIA pada
Ahad 2 Oktober 2011 anjuran
Badan Perhubungan Ibu bapa Guru
bagi mengisi Dana Pembangunan Sekolah.
Turut mendapat sambutan "car boot sale'
yang berjaya mengutip lebih dari RM1K
untuk Dana Pembangunan Sekolah.
Jazakallah diatas kerjasama ibu bapa yang hadir.

Read more...

Selamat Maju Jaya UPSR 2011

Hari penuh debaran....
anak-anak SeRIA tahun 6 akan menduduki
Peperiksaan UPSR 2011.
Semoga Allah membantu yang terbaik.
Selamat Maju Jaya.....

Read more...

Jamuan Raya SeRIA 1432H

Sempena Adil Fitri dengan kerjasama HALUAN Pahang
telah diadakan jamuan raya bagi meraikan
ibu bapa, kakitangan dan murid SeRIA.
Majlis telah dipengerusikan oleh En Abd Bashir
dan dimulakan dengan bacaaan Al-Quran
oleh Hj Ramli Ngah.
Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian
oleh Hj Mohd Ghani Salleh.
Kemudian tetamu yang hadir menjamu selera.
Ucapan penghargaan kepada semua
tetamu yang hadir ke majlis ini.
Majlis diceriakan dengan penyampaian
duit raya kepada semua anak-anak yang hadir.

Moga ukhwah terjalin....

Read more...

Solat Hajat UPSR 2011

Solat Hajat sempena untuk Peperiksaan UPSR
telah diadakan pada 20 Ogos 2011
di Masjid Lama Permatang Badak.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik.
Semoga anak-anak SeRIA juga dapat
menjawab dengan baik pada hari peperiksaan.
Jazakallah diatas kehadiran ibu bapa dan pelajar.
Turut diadakan Tazkirah Ramadhan
yang telah di sampaikan oleh
Hj Mohd Ghani Salleh Penasihat SeRIA.

Read more...

Projek Kutipan Dana SeRIA Fasa 2

SeRIA telah mula beroperasi pada awal tahun 2000 dengan kemasukan pelajar sulungnya seramai 21 orang. Di sebuah rumah kediaman yang disewa dan diubah suai menjadi beberapa bilik darjah.

SeRIA melaksanakan pendidikan bersepadu dengan menggabungkan pendidikan Akademik dan Agama dimana waktu pembelajarannya bermula dari 8.00 pagi sehingga 3.30 petang.

Bila SeRIA memasuki tahun keempat, dan pelajarnya telah bertambah seramai 80` orang, bangunan sementara tidak lagi dapat menampung bilik darjah yang semakin bertambah.

Disebabkan keperluan tersebut, pada November 2002, diatas sebidang tanah wakaf, satu blok bangunan yang mempunyai lapan bilik darjah telah didirikan dengan dana yang di pungut dari orang ramai. dan bangunan tersebut telah dapat disiapkan pada Februari 2003.

Pada 9 Mac2003 SeRIA telah berpindah ke bangunan baru.Walaupun begitu, bangunan sediaada kini sudah tidak dapat memampung pertambahan pelajar pada tahun ini.

Pihak ALP SeRIA bercadang akan memulakan pembinaan bangunan baru untuk menampung penambahan pelajar seperti yang dirancangkan itu, pada pertengahan tahun 2011. Untuk itu sumbangan dan sokongan dari orang ramai sangat sangatlah diharapkan.

"Perumpamaan orang orang yang membelanjakan hartanya dijalan Allah ialah seperti biji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai dimana setiap tangkai mengandungi seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang di kehendakiNya dan Allah maha luas rahmatNya lagi meliputi ilmuNya" ( Surah Al-Baqarah ayat 261 )

Berbekallah untuk hari akhirat dengan menafkahkan sebahagian dari harta yang kita sayangi kejalan Allah kerana apa yang disimpan disisi Allah itu lebih baik dan lebih kekal.

Semoga kita bukan dari golongan orang-orang yang yang disebutkan Allah didalam surah Ali'imran ayat 180.

" Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karuniaNya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan "

Pelan cadangan untuk pembinaan Bangunan Baru Sekolah Rendah Ibnu Abbas.

Sumbangan dan derma tersebut bolehlah diserahkan kepada :-

1. Guru Besar Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas atau

2. Memasukkan ke dalam akaun di Bank Islam Malaysia Berhad di atas nama "Sekolah Rendah Ibnu Abbas" Akaun BIMB No: 6019010045567

Kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan ikhlas yang dihulurkan semoga sumbangan tuan dihitung oleh Allah sebagai amalan yang baik disisi-Nya. InsyaAllah.

Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP