PENGUMUMAN: Peperiksaan PKSR 3/2010

Sukacita di maklumkan bahawa semua pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) 3 yang akan di adakan pada 27 September hingga 1 Oktober 2010 (Isnin hingga Jumaat).

Jadual peperiksaan PKSR 3 telah diedarkan kepada pelajar untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Di harap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Untuk makluman tuan/puan, waktu pulang pelajar sepanjang peperiksaan tersebut adalah seperti biasa iaitu 3.50 petang.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam


”BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

Peperiksaan UPSR 2010


Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 telah bermula pada hari ini (Selasa). Seramai 20 orang calon akan menduduki peperiksaan ini yang akan berakhir pada hari Khamis.

Kelihatan Ketua Pengawas sedang mengetuai bacaan doa sebelum memasuki dewan peperiksaan. Mudirah juga mengambil kesempatan ini untuk memberi tazkirah pendek sebagai motivasi kepada pelajar dalam mengejar kejayaan hakiki.



Selamat menduduki peperiksaan dari semua warga SeRIA. Semoga Berjaya.

Read more...

Pesanan Luqman al-Hakim - 04

Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Read more...

Sumbangan Ramadhan

Sempena Ramadhan bulan untuk memberi,
pihak Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas Kuantan
dengan kerjasama HALUAN cawangan Pahang
telah mengadakan sedikit sumbangan kepada
fakir miskin dan anak-anak yatim
yang tinggal di persekitaran SeRIA.
Majlis telah diadakan pada Ahad 29 Ogos 2010
bertempat di Dewan Surau SeRIA.
Acara telah dipengerusikan oleh Tn Hj Ramli Ngah.
Majlis bermula dengan ucapan aluan dari
Tn Hj Tg Abd Rashid Tg Othman, Pengerusi HALUAN Pahang.
Kemudian diikuti dengan penyampaian tazkirah
oleh Tn Hj Mohd Ghani Salleh, Penasihat SeRIA.
Di dalam tazkirah beliau yang sarat dengan nasihat
dan renungan buat kita bermuhasabah setelah hampir
2/3 Ramadhan berlalu.

Beliau mengupas tulisan Dr Aaidh Al Qarni
yang membicarakan tentang 3 penyimpangan
yang berlaku pada umat islam ketika di bulan ramadhan,
yang dipetik dari kitab pengajaran2 di masjid
pada bulan ramadhan. Antaranya

1. Ramai sekali orang islam yang tidak mengenal
Allah kecuali pada bulan ramadhan.
Mereka berbuat maksiat,
mengingkari perintah ALlah dan Rasul
selama 11 bulan yang lain, tetapi bila tiba ramadhan
mereka bergegas2 pergi ke masjid.
Bukankah pemilik ramadhan ialah
pemilik syawal dan sya'aban?

2. Ramai sekali orang islam bila ramadhan tiba
mereka sangat menjagaisolat tarawih,
berbondong2 mereka ke masjid.
Tetapi apabila ramadhan berakhir,
mereka tidak lagi dilihat solat fardu berjamaah
di masjid. Mengapa mereka tidak bersikap
bersungguh2 untuk solat fardhu berjamaah?
Sedangkan solat fardhu berjamaah sekali
lebih baik dari solat sunat tarawih
30 malam di bulan ramadhan?

3. Ramai orang berpuasa tetapi menghabiskan
waktu siangnya dengan tidur.
Mereka tidur dari pagi hingga zohor,
terus ke asar, kemudian maghrib,
maka di mana kenikmatan puasa?

Jadi sama-sama kita bermuhasabah agar kita
tidak tergolong dalam 3 kumpulan yang rugi ini.

Kemudian sumbangan ramadhan telah disampaikan
oleh Tn Hj Mohd Ghani b Salleh.
Selain dari penduduk-penduduk yang miskin di sekitar SeRIA,
turut menerima sumbangan ialah anak-anak yatim
dan miskin dari Ma'ahad Tafiz Bukit Rangin.
Semoga sedikit yang disumbangkan
akan meringankan beban yang ditanggung.

Akhirnya semua yang hadir bersama-sama
berbuka puasa, bersolat maghrib dan terawih berjamaah.
Semoga Allah menerima semua amal-amal kita.

Read more...

PENGUMUMAN: Cuti Persekolahan

Sukacita dimaklumkan, SeRIA akan bercuti pertengahan penggal ke-2, Hari Raya Aidilfitri dan cuti semasa UPSR seperti berikut:

  • Cuti Pertengahan Penggal ke-2 4/9/2010 - 12/9/2010
  • Cuti Hari Raya Aidilfitri 10/9/2010 - 19/9/2010
  • Cuti semasa UPSR ( pra - thn 5) 21/9/2010 - 23/9/2010

Untuk makluman ibubapa/penjaga, kelas tambahan bagi pelajar tahun 6 akan diadakan pada cuti persekolahan seperti berikut:

  • 18/9/2010 (Sabtu) 8:30 pagi - 12:00 tengahari Matematik
  • 19/9/2010 (Ahad) 8:30 pagi - 12:00 tengahari Bahasa Melayu
  • 20/9/2010 (Isnin) 8:30 pagi - 12:00 tengahari Bahasa Inggeris

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.



“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK &
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”

Read more...

Iftar Jama'ei Beramai-ramai.

Hari ini Khamis 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431H
murid-murid Sekolah Rendah Ibnu Abbas
telah berkumpul bersama-sama dalam
Program Iftar Jama'ie beramai-ramai.

Seawal jam 6.30 petang murid-murid telah berkumpul
di Dewan Surau Ibnu Abbas untuk mendengar
sedikit tazkirah.

Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Sufian Aziz.
Ingat tak anak2 SeRIA semua apa pesan ustaz?
1. Kita puasa kerana Allah swt, bukan kerana
mak @ ayah suruh atau cikgu suruh atau
puasa kerana malu pada kawan-kawan lain yang berpuasa.
2. Macam mana puasa kita diterima Allah?
Semasa buat sentiasa ikut apa yang Allah perintahkan.
Apa yang Allah perintahkan kepada kita?
Solat mesti dijaga cukup 5 waktu.
Kemudian taat kepada kedua ibu bapa.
Juga taat kepada mu'alim dan mu'alimah
kerana mereka juga pengganti ibu dan bapa
sewaktu di sekolah.
3. Banyak melakukan perkara-perkarah sunnah
sewaktu berpuasa terutama membaca Al-Qur'an.
4. Jauhi dari apa yang Allah swt larang
seperti melawan cakap ibu dan bapa
dan bercakap bohong.
Semoga apa yang disampaikan oleh ustaz
dapat anak-anak SeRIA amalkan dalam hidup seharian.

Kemudian berbuka beramai-ramai dengan
kurma dan air masak.

Selepas itu solat maghrib berjamaah.

Akhirnya dijamu dengan nasi minyak berlauk
ayam dan daging.
Huhu... nampak makan tak ingat cikgu dah ye...

Alhamdulillah suasana yang ada dapat merapatkan
ukhwah antara pelajar dan juga guru-guru.
Semoga amal ibadah kita disepanjang Ramadhan
mendapat keredhaan Allah swt jua.

Read more...

Senyum Yang Ikhlas


Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP