Qiammuallai Bulanan : Fokus Al-Quran

Setelah malam mengikuti aktiviti qiammullail,
siangnya murid-murid telah mengikuti
kelas intensif Al-Quran yang dikendalikan
oleh Hj Ramli Ngah.
Semoga dapat membantu murid-murid
agar lancar didalam pembacaan
dan hafazan Al-Quran.

Generasi Pewaris Al-Quran.

Read more...

Rayuan Infaq dan Derma

Read more...

Pembangunan Fasa II SeRIA

1.0 PENDAHULUAN


Pembangunan Fasa II dilancarkan bagi memenuhi keperluan perkembangan institusi ini yang mana ianya mendapat sambutan yang amat luas dari dalam dan luar. Pada ketika ini bangunan dan infrastruktur yang ada tidak dapat menampung jumlah pertambahan pelajar. Bangunan baru perlu dibina terutamanya melibatkan bangunan akademik disamping menaiktaraf bangunan yang sedia ada seperti surau, kantin, taska, pejabat, pagar sekeliling dan sebagainya. Pembangunan Fasa II ini akan menampung keperluan SeRIA untuk 6 tahun yang akan datang.

GAMBAR KEADAAN SEMASA SEKOLAH RENDAH IBNU 'ABBAS

Tanah kosong yang akan ditambak untuk kawasan parking.
Tapak bangunan baru yang akan dibina.

Naik taraf untuk pra sekolah dan tahfiz.

Naik taraf untuk pra sekolah dan tahfiz.

2.0 OBJEKTIF

  • Menyediakan kemudahan prasarana dan sebagainya bagi menampung keperluan pelajar
  • Mengembleng tenaga ahli bagi dalam melaksanakan amal jamaei.

2.0 SKOP PEMBANGUNAN

Diantara pembinaan yang dicadangkan bagi fasa II ini adalah :

  • Blok kelas 2 tingkat - anggaran kos RM 980,000.00
  • Naiktaraf surau - anggaran kos RM 45,000.00
  • Pagar - anggaran kos RM 60,000.00
  • Tempat letak kereta - anggaran kos RM 45,000.00
  • Naik taraf surau lama - anggaran kos RM 80,000.00
  • Pondok jaga - anggaran kos RM 17,000.00
  • Naik Taraf Pejabat Sekolah _ anggaraan kos RM 80,000.00
  • Jumlah keseluruhan anggaraan kos RM 1,307,000.00

3.0 JADUAL PERANCANGAN

PERANCANGAN

  • Bangunan 2 tingkat.
  • 4 X 3 = 12 kaki persegi untuk seorang pelajar.
  • 12 X 40 - 480 kaki persegi satu kelas.
  • 480 X 12 = 5760 x 20%.
  • 5670 + 1152 + 1000 = 7822 kaki persegi.
  • 7822 X RM 100 = RM 782 200.00
  • Piling cost = RM 197 800.00
  • Cost Bangunan 2 tingkat = RM 980 000.000
PROJEK BERMULA PADA 1 Jun 2011

(sekiranya dana mencukupi)

4.0 KAEDAH PEMBAYARAN

kontraktor

  • Bulanan dengan anggaran RM 10,000.00 – RM 17,000.00 sebulan

Pembekal

  • Bahan binaan dibayar setiap bulanan anggaran RM 64,000.00 sebulan

5.0 ISU DAN KERPERLUAN

  • Kewangan.
  • Masalah tenaga mahir
  • Kenaikan harga barang
6.0 KESIMPULAN

Adalah diharapkan agar perancangan pembangunan ini akan dapat membantu dalam melicinkan dan melengkapkan Sek. Ren. Ibnu Abbas, Kuantan ini dalam mencapai misi dan visinya.

Read more...

Sukan Seria 2011

Sukan Tahunan SeRIA berjalan dengan
lancar dan penuh ceria.
Ia telah diadakan di padang sekolah
SK Permatang Badak.

Acara perbarisan murid-murid berkawad
memasuki padang.
Acara sukaneka untuk murid tahap 1.
Ibu bapa juga turut mengambil acara.
Akhirnya yang menang mendapat pengiktirafan.
Namun yang penting semangat kesukanan
dan ukhwah yang terpamir.

"Mukmin yang kuat dikasihi Allah
dari mukmin yang lemah." maksud hadis.

Read more...

Gotong Royong

Satu gotong royong telah diadakan dengan kerjasama
SeRIA dan PIBG SeRIA.

SEKOLAH CERIA, MURID GEMBIRA

Read more...

Pertandingan Futsal

Siap sahaja padang futsal di SeRIA,
telah diadakan perlawanan futsal di kalangan
murid-murid SeRIA. Turut bertanding
ahli-ahli HALUAN Pahang.
Perlawanan berjalan lancar dengan masing-masing
berusaha untuk menang....
Majlis berakhir dengan ucapara penyampaian hadiah
yang disampaikan oleh Tn Hj Ramli Ngah
Pengerusi ALP SeRIA.

Read more...

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Guru & ALP 2011

Satu Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Guru &
Ahli Lembaga Pengelola telah diadakan
pada Ahad 23 Januari 2011 di Dewan Surau SeRIA.
Pertemuan bagi memberi ruang kepada Ibu Bapa,
Guru dan Ahli Lembaga Pengelola beramah mesra.

Majlis telah dipengerusikan oleh saudara Abd Bashir Ghani.
Aturcara bermula dengan Bacaan Kalam Suci Al-Quran
yang dibaca oleh saudara Mohd Nasri Yahya.
Kemudian Ucapan Aluan Pengerusi ALP SeRIA,
Tn Hj Ramli b Ngah.
Diikuti dengan Ucapan Pengerusi
Koperasi Bimbingan Insan Berhad,(KOBI),
Tn Hj Sabaruddin Alias.
Para hadiri juga turut mendengar Taklimat oleh
JK Pembangunan SeRIA, Tn Hj Ahmad Zakhir Abdullah.

Kehadiran Ibu Bapa amat mengalakkan.

Turut diadakan Sesi Dialog dan Perbincangan.

Kemudian diadakan pemilihan AJK Perhubungan
Ibu Bapa Guru yang mana untuk sesi 2011
dipengerusikan oleh Dr Wan Faizal

Pihak ALP dan pentadbiran SeRIA mengucapkan
ribuan terimakasih di atas kehadiran ibu bapa
dalam majlis perjumpaan kali ini.
Semoga pertemuan dapat menjalinkan kerjasama
yang erat antara pihak ibu bapa dan SeRIA.

Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP