Aluan Guru Besar

‘Membina Generasi Pewaris’ yang merupakan motto SR Ibnu Abbas telah menjadi hasrat semua pihak yang terlibat dengan sekolah ini. Atas rasa tanggungjawab tersebut warga sekolah sederap melangkah bersama-sama ALP sekolah berusaha, meningkatkan kemampuan serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikan murid-murid SR Ibnu Abbas. Cita-cita kami, selepas tamat persekolahan di sini telah tertanam di dalam jiwa anak-anak ilmu yang bermanfaat sebagai asas dalam pembentukan peribadi mereka sebagai muslim dan muslimah.

Saya yakin ibu bapa menaruh harapan yang tinggi terhadap sekolah ini sebagai satu institusi yang dapat memberikan sesuatu yang istimewa kepada anak-anak. Atas kesedaran tersebut kami jadikan sekolah dan murid-murid sebagai medan tempat kami beramal, mudah-mudahan kerja-kerja kami diredhai oleh Allah SWT.

Akhir kata setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua ibu bapa yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik anak-anak yang disayangi. Sama-samalah kita berdoa agar benih yang kita tanam hari ini akan menjadi pokok, mengeluarkan buah yang manis dan dapat dinikmati oleh semua orang pada masa akan datang, Insya Allah.

Jazakumullah Khairan Kathira. Wassalam.

HJH ZAINI MUSA
GURU BESAR
SEK. REN. IBNU 'ABBAS KUANTAN

Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP