PENGUMUMAN: Lawatan Sambil Belajar

Perkara diatas adalah dirujuk. Semoga kita semua beroleh rahmat dan keredhaan Allah SWT. Sukacita dimaklumkan gabungan sekolah – sekolah IPS akan mengadakan Kem Pembinaan Sahsiah Peringkat Zon Timur pada 4 - 6 November 2010 di Resort Sri Pantai, Bachok Kelantan bagi pelajar tahun 6.

Disamping itu, SeRIA juga akan mengadakan lawatan sambil belajar di beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan.

Program tersebut untuk memantapkan pembinaan Sahsiah Pelajar disamping mengeratkan silaturrahim antara mereka. Selain itu, lawatan diadakan bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar – pelajar.

Bayaran dikenakan sebanyak RM100.00 seorang termasuk pendaftaran (Kem Pembinaan Sahsiah), kos pengangkutan dan tiket lawatan. Duit poket perlu disediakan untuk makan di luar kem iaitu sebanyak RM30.00 seorang untuk 2 kali sarapan dan 3 kali makan tengahari dan malam.

Tentatif program dan jadual perjalanan serta surat akuan kebenaran ibubapa/penjaga untuk tindakan dan makluman pihak tuan/puan telah diedarkan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. Surat akuan tersebut hendaklah diserahkan semula selewat – lewatnya pada 1 Nov 2010 (Isnin) .

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam

” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Hari Persekolahan Ganti

Sukacita dimaklumkan bahawa, sempena hari raya Aidiladha, SeRIA akan bercuti pada 18 dan 19 November 2010 (Khamis & Jumaat). Maklumat cuti adalah seperti berikut :

Tarikh Cuti Catatan
18/11/2011 (Khamis) Cuti Peristiwa
19/11/2010 (Jumaat) Cuti Berganti - Tarikh ganti 30/10/2010 (Sabtu).


Sehubungan dengan itu, sesi persekolahan pada hari tersebut akan mengikut jadual waktu pada hari Jumaat.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.

Wassalam.

Read more...

PENGUMUMAN: Peperiksaan PKSR 4/2010

Sukacita di maklumkan bahawa semua pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) 4 yang akan diadakan pada 22 Oktober hingga 29 Oktober 2010 (Jumaat hingga Jumaat).

Jadual peperiksaan PKSR 4 telah diedarkan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Di harap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Untuk makluman tuan/puan, waktu pulang pelajar sepanjang peperiksaan tersebut adalah pada jam 2.00 petang selepas makan tengahari dan juga solat zohor.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam
” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

PENGUMUMAN: Peperiksaan Penilaian Rendah Agama Islam (PRAI) 2010

Semoga kita semua beroleh rahmat dan keredhaan Allah SWT. Sukacita dimaklumkan pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan Penilaian Rendah Agama Islam (PRAI) bermula dari 26 Oktober hingga 28 Oktober 2010.

Jadual peperiksaan Penilaian Rendah Agama Islam (PRAI) telah diedarkan untuk rujukan dan perhatian tuan/puan. Di harap tuan/puan dapat memastikan anak jagaan tuan/puan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam

” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP