Profil Sekolah


PIAGAM SERIA
Bagi melahir dan membina generasi pewaris yang bertaqwa, 
kami akan berusaha dengan izin Allah SWT jua akan :-
  • Membina didikan yang sempurna kepada pelajar – pelajar berpandukan Manhaj Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Mengajar Al-Quran kepada pelajar hingga mampu menguasai bacaan dan penghayatan dalam kehidupan
  • Menunjukkan Qudwah Hasanah (tauladan baik) kepada pelajar dengan sifat mualim dan mualimah yang rabbani.
  • Mewujudkan bi’ah solehah (suasana baik) persekitaran tempat belajar yang ceria dan menyeronokkan.
  •   Menerima teguran dan kritikan dengan ikhlas dan bersedia membuat pembaikan dari masa ke semasa.
MISI
Bertekad dan berazam untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dalam akademik dan sahsiah melalui pendidikan, pengurusan, persekitaran dan kecontohan yang berkualiti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

VISI
Sekolah Rendah Ibnu Abbas (SeRIA) berwibawa mendidik bagi melahirkan insan cemerlang dan seimbang demi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

MATLAMAT
  • Melahirkan insan yang beriltizam dengan Islam
  • Melahirkan insan yang berakhlak dan bersahsiah serta berwibawa dalam bidang masing – masing, disamping memiliki ilmu syara’ dan ilmu semasa.
  • Mewujudkan asas – asas Islam sebagai dasar pembentukan masyarakat Islam dari masa ke semasa.
OBJEKTIF
  • Memberi kefahaman dan kesedaran Islam secara meluas dan teratur kepada pelajar.
  • Mendidik warga sekolah dengan didikan Islam yang sempurna melalui pelbagai program, secara teori dan amali.
  • Mendidik pelajar dengan ilmu syara’ dan real
  • Mendidik pelajar dengan Bahasa Arab (disamping Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) hingga membolehkan pelajar memahami dan mengamalkan kandungan Al-Quran, Sunnah Nabawiyyah dan kitab – kitab ilmu Islam.
  • Melaksana dan meneruskan kerja – kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

 
FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH
Pendidikan di Sekolah Rendah Ibnu Abbas (SeRIA) adalah pendidikan terancang, kemaskini dan terpimpin, yeng berteraskan tauhid untuk membimbing dan meningkatkan potensi pelajar kearah melahirkan insane yang cemerlang dan seimbang dari segi rohani, akal, jasmani dan emosi serta dapat memberi khidmat kepada islam, manusia dan alam selaras dengan kepatuhan kepada Allah

Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP