Sejarah Sekolah
Sekolah ini adalah milik Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI) mula ditubuhkan pada tahun 1999 dan memulakan operasi pada awal 2000. Ahli Lembaga Pengelolanya adalah terdiri dari ahli-ahli KOBI yang mempunyai latarbelakang pendidikan akademik dan profesional yang berpengalaman dan komited serta mempunyai kefahaman Islam yang mantap.
Nama Sekolah Rendah Ibnu Abbas ( SeRIA ) adalah diilhamkan dari ketokohan dan kehebatan seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abdullah B. Abbas (Ibnu Abbas ) yang merupakan seorang ilmuan dan ulama` yang amat komited dalam mempelajari, mengamal dan menyebarkan ilmu Islam yang menjadi harapan dan rujukan di zaman Rasulullah SAW, para sahabat. dan generasi seterusnya hingga kini.
Kini SeRIA telah melebihi 10 tahun operasinya dan telah mengeluarkan lebih 100 orang pelajar UPSR yang kini belajar diperingkat sekolah menengah.