Pesanan Luqman al-Hakim - 02

Orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

Read more...

PENGUMUMAN: Hari Penyerahan Rekod Prestasi Pelajar

Dengan segala hormatanya, perkara diatas adalah dirujuk.

Sukacita di maklumkan bahawa SeRIA akan mengadakan hari penyerahan rekod prestasi pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun sesi 2010 seperti berikut :-

Tarikh : 2 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Darjah, SR Ibnu Abbas.

Di harap tuan/puan dapat menghadirkan diri bagi mendaptkan rekod prestasi anak jagaan tuan/puan. Bagi pelajar yang mempunyai yuran tertunggak melebihi 1 bulan, diharap dapat menjelaskan tunggakan tersebut di pejabat sebelum mendapatkan rekod prestasi anak tuan/puan.

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakllahukhairan.

Wassalam

”BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Read more...

Pesanan Luqman al-Hakim - 01

Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKAL kepada ALLAH.

Read more...

Kem Mini Hafazan 2 Yang Meriah



Pada 7 - 10 Julai 2010 telah diadakan Kem Mini Hafazan 2 bertempat di Sekolah Rendah Ibnu Abbas. Peserta kem ini adalah seramai 54 orang yang terdiri dari pelajar tahun 3 hingga pelajar tahun 6. Kem selama 4 hari ini telah dikendalikan oleh 4 orang guru iaitu Muallim Wan Mohd Azim, Muallim Ismail, Muallimah Jalilah dan Mualllimah Hafidah, dan dibantu oleh 18 orang fasilitator yang merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Ibnu Abbas.

Aktiviti utama yang dilakukan oleh para peserta ialah membuat ulangan bacaan dari surah An-Nas hingga surah Ad-Dhuha. Kemudian mereka diminta untuk menghafaz surah Yasin. Selain aktiviti hafazan terdapat beberapa aktiviti sampingan yang diadakan seperti quiz, talk show, pelajaran tajwid, ceramah dan game. Pada hari ke3 peserta telah bermalam di sekolah dimana pada malamnya diadakan program explorerace dan qiamullail.

Peserta lelaki terbaik jatuh kepada pelajar tahun 5, Mohammad Abbas Salimi manakala peserta perempuan terbaik jatuh kepada pelajar tahun 6, iaitu Iffa Afzan. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan pada hari Isnin depan dalam perhimpunan pagi.

Pada keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang baik dan dengan itu insyaAllah ianya akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang telah ditimba oleh para peserta bersama guru dan fasilitator dapat diamalkan untuk mendapat manfaatnya.

"ILMU TANPA AMAL ADALAH IBARAT POKOK TANPA BUAH"

Laporan oleh:

Sharifah Asma' (fasilitator)

Read more...

Siapa Luqman al-Hakim

Surah Luqman; ayat 12


Luqman al-Hakim(Luqman yang bijaksana) adalah anak kepada Faqhur bin Nakhur bin Tarikh(Azar), oleh itu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. atau dikatakan juga beliau anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.

Luqman di katakan hidup selama seribu tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s. bahkan pernah menolong Nabi Daud a.s. memberikan hikmah atau kebijaksanaan. Dia pernah menjadi kadi yakni hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

Para ulama' sepakat mengatakan Luqman itu seorang ahli hikmah (bijaksana) bukan seorang nabi kecuali Ikrimah dan Assyi'bi sahaja mengatakannya nabi kerana lafaz hikmah dalam ayat ini dimaknakan "kenabian". Dan dikatakan apabila Luqman disuruh memilih hikmah dengan Nubuwwah(Kenabian) dipilihnya hikmah.

Adalah diceritakan , bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: " Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hokum yang benar?" Jawabnya" Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan aku pilih Afiat(selamat) dan aku tidak mahu bala (ujian). Tetapi jika ditugaskan juga aku akan taat kerana aku tahu bahawa Allah kalau menetapkan sesuatu kepadaku Dia pasti menolong dan memeliharaku.

Kemudian para malaikat pun bertanya" Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi hikmah?" Luqman menjawab: sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, jika tersalah jalan ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik dari dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih dari akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat Malaikat takjub mendengar kata-kata Luqman. Apabila Luqman tertidur, dia dikurniakan hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah.

Ada pula diceritakan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu @ tukang gembala kambing. Apabila bertemu seorang lelaki dia bercakap penuh hikmah sehingga lelaki itu takjub lalu bertanya " bukankah engkau seorang gembala kambing?" Luqman menjawab "benar". Lalu tanya lelaki itu "bagaimana engkau mencapai kedudukan bagini?" Luqman menjawab " Aku mendapat dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tidak ambil tahu apa yang bukan urusanku".

Sesetengah ulama' mengatakan Luqman seorang hamba hitam dari Sudan Mesir, bibirnya tebal dan tapak kakinya retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang Sudan itu 3 orang iaitu Bilal bin Robah, Mahja' hamba saidina Umar dan Luqman. Orang keempat pula ialah an-Najasyi raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi s.a.w.

Dipetik dari Tafsir al-Quran, Pustaka Mizan, oleh Ahmad Sonhadji Mohamad

Read more...

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP