Kem Mini Hafazan 2 Yang Meriah



Pada 7 - 10 Julai 2010 telah diadakan Kem Mini Hafazan 2 bertempat di Sekolah Rendah Ibnu Abbas. Peserta kem ini adalah seramai 54 orang yang terdiri dari pelajar tahun 3 hingga pelajar tahun 6. Kem selama 4 hari ini telah dikendalikan oleh 4 orang guru iaitu Muallim Wan Mohd Azim, Muallim Ismail, Muallimah Jalilah dan Mualllimah Hafidah, dan dibantu oleh 18 orang fasilitator yang merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Ibnu Abbas.

Aktiviti utama yang dilakukan oleh para peserta ialah membuat ulangan bacaan dari surah An-Nas hingga surah Ad-Dhuha. Kemudian mereka diminta untuk menghafaz surah Yasin. Selain aktiviti hafazan terdapat beberapa aktiviti sampingan yang diadakan seperti quiz, talk show, pelajaran tajwid, ceramah dan game. Pada hari ke3 peserta telah bermalam di sekolah dimana pada malamnya diadakan program explorerace dan qiamullail.

Peserta lelaki terbaik jatuh kepada pelajar tahun 5, Mohammad Abbas Salimi manakala peserta perempuan terbaik jatuh kepada pelajar tahun 6, iaitu Iffa Afzan. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan pada hari Isnin depan dalam perhimpunan pagi.

Pada keseluruhannya program ini telah mendapat sambutan yang baik dan dengan itu insyaAllah ianya akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang telah ditimba oleh para peserta bersama guru dan fasilitator dapat diamalkan untuk mendapat manfaatnya.

"ILMU TANPA AMAL ADALAH IBARAT POKOK TANPA BUAH"

Laporan oleh:

Sharifah Asma' (fasilitator)

Catat Ulasan

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP