PENGUMUMAN: Lawatan Sambil Belajar

Perkara diatas adalah dirujuk. Semoga kita semua beroleh rahmat dan keredhaan Allah SWT. Sukacita dimaklumkan gabungan sekolah – sekolah IPS akan mengadakan Kem Pembinaan Sahsiah Peringkat Zon Timur pada 4 - 6 November 2010 di Resort Sri Pantai, Bachok Kelantan bagi pelajar tahun 6.

Disamping itu, SeRIA juga akan mengadakan lawatan sambil belajar di beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan.

Program tersebut untuk memantapkan pembinaan Sahsiah Pelajar disamping mengeratkan silaturrahim antara mereka. Selain itu, lawatan diadakan bertujuan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar – pelajar.

Bayaran dikenakan sebanyak RM100.00 seorang termasuk pendaftaran (Kem Pembinaan Sahsiah), kos pengangkutan dan tiket lawatan. Duit poket perlu disediakan untuk makan di luar kem iaitu sebanyak RM30.00 seorang untuk 2 kali sarapan dan 3 kali makan tengahari dan malam.

Tentatif program dan jadual perjalanan serta surat akuan kebenaran ibubapa/penjaga untuk tindakan dan makluman pihak tuan/puan telah diedarkan kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. Surat akuan tersebut hendaklah diserahkan semula selewat – lewatnya pada 1 Nov 2010 (Isnin) .

Sekian dimaklumkan. Segala kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan jazakallahukhairan.

Wassalam

” BERSAMA MEMBINA GENERASI PEWARIS”

Tanpa Nama –   – (Khamis, November 18, 2010)  

Salam, Alhamdulilah pada tarikh yang sama , iaitu 6 dan 7 November 2010. Guru 2 dan staff menghadiri satu kursus. Pemantapan syaksiah guru,staff dan etika kerja . Guru menjadi qhudwah pada anak2 didik nya semasa di sekolah disamping penerusan Tarbiyah dirumah. Semoga kehadiran guru dan staff membawa bersama hati yang hendak dididik. Semoga Seria mampu melahirkan Murabbi yang berquality mampu melahirkan pelajar cemerlang disudut syaksiah dan akedemik kerana mereka ada pemimpin masa akan datang sekian Wassalam.

Catat Ulasan

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP