Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Guru & ALP 2011

Satu Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Guru &
Ahli Lembaga Pengelola telah diadakan
pada Ahad 23 Januari 2011 di Dewan Surau SeRIA.
Pertemuan bagi memberi ruang kepada Ibu Bapa,
Guru dan Ahli Lembaga Pengelola beramah mesra.

Majlis telah dipengerusikan oleh saudara Abd Bashir Ghani.
Aturcara bermula dengan Bacaan Kalam Suci Al-Quran
yang dibaca oleh saudara Mohd Nasri Yahya.
Kemudian Ucapan Aluan Pengerusi ALP SeRIA,
Tn Hj Ramli b Ngah.
Diikuti dengan Ucapan Pengerusi
Koperasi Bimbingan Insan Berhad,(KOBI),
Tn Hj Sabaruddin Alias.
Para hadiri juga turut mendengar Taklimat oleh
JK Pembangunan SeRIA, Tn Hj Ahmad Zakhir Abdullah.

Kehadiran Ibu Bapa amat mengalakkan.

Turut diadakan Sesi Dialog dan Perbincangan.

Kemudian diadakan pemilihan AJK Perhubungan
Ibu Bapa Guru yang mana untuk sesi 2011
dipengerusikan oleh Dr Wan Faizal

Pihak ALP dan pentadbiran SeRIA mengucapkan
ribuan terimakasih di atas kehadiran ibu bapa
dalam majlis perjumpaan kali ini.
Semoga pertemuan dapat menjalinkan kerjasama
yang erat antara pihak ibu bapa dan SeRIA.

Tanpa Nama –   – (Selasa, Januari 25, 2011)  

semoga Allah mmbantu kita semua..agar bangunan baru berjaya disiapkan.

Catat Ulasan

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP