Pembangunan Fasa II SeRIA
>> Rabu, Jun 15, 2011 –
pembangunan sekolah
1.0 PENDAHULUAN
Pembangunan Fasa II dilancarkan bagi memenuhi keperluan perkembangan institusi ini yang mana ianya mendapat sambutan yang amat luas dari dalam dan luar. Pada ketika ini bangunan dan infrastruktur yang ada tidak dapat menampung jumlah pertambahan pelajar. Bangunan baru perlu dibina terutamanya melibatkan bangunan akademik disamping menaiktaraf bangunan yang sedia ada seperti surau, kantin, taska, pejabat, pagar sekeliling dan sebagainya. Pembangunan Fasa II ini akan menampung keperluan SeRIA untuk 6 tahun yang akan datang.
GAMBAR KEADAAN SEMASA SEKOLAH RENDAH IBNU 'ABBAS
2.0 OBJEKTIF
- Menyediakan kemudahan prasarana dan sebagainya bagi menampung keperluan pelajar
- Mengembleng tenaga ahli bagi dalam melaksanakan amal jamaei.
2.0 SKOP PEMBANGUNAN
Diantara pembinaan yang dicadangkan bagi fasa II ini adalah :
- Blok kelas 2 tingkat - anggaran kos RM 980,000.00
- Naiktaraf surau - anggaran kos RM 45,000.00
- Pagar - anggaran kos RM 60,000.00
- Tempat letak kereta - anggaran kos RM 45,000.00
- Naik taraf surau lama - anggaran kos RM 80,000.00
- Pondok jaga - anggaran kos RM 17,000.00
- Naik Taraf Pejabat Sekolah _ anggaraan kos RM 80,000.00
- Jumlah keseluruhan anggaraan kos RM 1,307,000.00
3.0 JADUAL PERANCANGAN
PERANCANGAN
- Bangunan 2 tingkat.
- 4 X 3 = 12 kaki persegi untuk seorang pelajar.
- 12 X 40 - 480 kaki persegi satu kelas.
- 480 X 12 = 5760 x 20%.
- 5670 + 1152 + 1000 = 7822 kaki persegi.
- 7822 X RM 100 = RM 782 200.00
- Piling cost = RM 197 800.00
- Cost Bangunan 2 tingkat = RM 980 000.000
(sekiranya dana mencukupi)
4.0 KAEDAH PEMBAYARAN
kontraktor
- Bulanan dengan anggaran RM 10,000.00 – RM 17,000.00 sebulan
Pembekal
- Bahan binaan dibayar setiap bulanan anggaran RM 64,000.00 sebulan
5.0 ISU DAN KERPERLUAN
- Kewangan.
- Masalah tenaga mahir
- Kenaikan harga barang
Adalah diharapkan agar perancangan pembangunan ini akan dapat membantu dalam melicinkan dan melengkapkan Sek. Ren. Ibnu Abbas, Kuantan ini dalam mencapai misi dan visinya. Read more...
Sukan Seria 2011
>> Selasa, Mei 24, 2011 –
aktiviti kokurikulum,
hari sukan
Sukan Tahunan SeRIA berjalan denganlancar dan penuh ceria.
Ia telah diadakan di padang sekolah
SK Permatang Badak.
Akhirnya yang menang mendapat pengiktirafan.Namun yang penting semangat kesukanan
dan ukhwah yang terpamir.
"Mukmin yang kuat dikasihi Allah
dari mukmin yang lemah." maksud hadis.
Pertandingan Futsal
>> Ahad, Mei 22, 2011 –
aktiviti kokurikulum
Siap sahaja padang futsal di SeRIA,telah diadakan perlawanan futsal di kalangan
murid-murid SeRIA. Turut bertanding
ahli-ahli HALUAN Pahang.
Majlis berakhir dengan ucapara penyampaian hadiahyang disampaikan oleh Tn Hj Ramli Ngah
Pengerusi ALP SeRIA.
Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Guru & ALP 2011
>> Ahad, Januari 23, 2011 –
aktiviti
Satu Majlis Perjumpaan Ibu Bapa, Guru &Ahli Lembaga Pengelola telah diadakan
pada Ahad 23 Januari 2011 di Dewan Surau SeRIA.
Pertemuan bagi memberi ruang kepada Ibu Bapa,
Guru dan Ahli Lembaga Pengelola beramah mesra.
Majlis telah dipengerusikan oleh saudara Abd Bashir Ghani.Aturcara bermula dengan Bacaan Kalam Suci Al-Quran
yang dibaca oleh saudara Mohd Nasri Yahya.
Kemudian Ucapan Aluan Pengerusi ALP SeRIA,
Tn Hj Ramli b Ngah.
Diikuti dengan Ucapan Pengerusi
Koperasi Bimbingan Insan Berhad,(KOBI),
Tn Hj Sabaruddin Alias.
Para hadiri juga turut mendengar Taklimat oleh
JK Pembangunan SeRIA, Tn Hj Ahmad Zakhir Abdullah.
Turut diadakan Sesi Dialog dan Perbincangan.
Kemudian diadakan pemilihan AJK PerhubunganIbu Bapa Guru yang mana untuk sesi 2011
dipengerusikan oleh Dr Wan Faizal
Gotong Royong Seria
>> Sabtu, Disember 25, 2010 –
aktiviti
Pada Sabtu 25 Disember 2010 pihak SeRIA telah mengadakangotong royong sebagai persediaan untuk sesi persekolahan 2011.
Ramai ibu bapa turut hadir membantu.
Langgan:
Catatan (Atom)














