Sumbangan Ramadhan

Sempena Ramadhan bulan untuk memberi,
pihak Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas Kuantan
dengan kerjasama HALUAN cawangan Pahang
telah mengadakan sedikit sumbangan kepada
fakir miskin dan anak-anak yatim
yang tinggal di persekitaran SeRIA.
Majlis telah diadakan pada Ahad 29 Ogos 2010
bertempat di Dewan Surau SeRIA.
Acara telah dipengerusikan oleh Tn Hj Ramli Ngah.
Majlis bermula dengan ucapan aluan dari
Tn Hj Tg Abd Rashid Tg Othman, Pengerusi HALUAN Pahang.
Kemudian diikuti dengan penyampaian tazkirah
oleh Tn Hj Mohd Ghani Salleh, Penasihat SeRIA.
Di dalam tazkirah beliau yang sarat dengan nasihat
dan renungan buat kita bermuhasabah setelah hampir
2/3 Ramadhan berlalu.

Beliau mengupas tulisan Dr Aaidh Al Qarni
yang membicarakan tentang 3 penyimpangan
yang berlaku pada umat islam ketika di bulan ramadhan,
yang dipetik dari kitab pengajaran2 di masjid
pada bulan ramadhan. Antaranya

1. Ramai sekali orang islam yang tidak mengenal
Allah kecuali pada bulan ramadhan.
Mereka berbuat maksiat,
mengingkari perintah ALlah dan Rasul
selama 11 bulan yang lain, tetapi bila tiba ramadhan
mereka bergegas2 pergi ke masjid.
Bukankah pemilik ramadhan ialah
pemilik syawal dan sya'aban?

2. Ramai sekali orang islam bila ramadhan tiba
mereka sangat menjagaisolat tarawih,
berbondong2 mereka ke masjid.
Tetapi apabila ramadhan berakhir,
mereka tidak lagi dilihat solat fardu berjamaah
di masjid. Mengapa mereka tidak bersikap
bersungguh2 untuk solat fardhu berjamaah?
Sedangkan solat fardhu berjamaah sekali
lebih baik dari solat sunat tarawih
30 malam di bulan ramadhan?

3. Ramai orang berpuasa tetapi menghabiskan
waktu siangnya dengan tidur.
Mereka tidur dari pagi hingga zohor,
terus ke asar, kemudian maghrib,
maka di mana kenikmatan puasa?

Jadi sama-sama kita bermuhasabah agar kita
tidak tergolong dalam 3 kumpulan yang rugi ini.

Kemudian sumbangan ramadhan telah disampaikan
oleh Tn Hj Mohd Ghani b Salleh.
Selain dari penduduk-penduduk yang miskin di sekitar SeRIA,
turut menerima sumbangan ialah anak-anak yatim
dan miskin dari Ma'ahad Tafiz Bukit Rangin.
Semoga sedikit yang disumbangkan
akan meringankan beban yang ditanggung.

Akhirnya semua yang hadir bersama-sama
berbuka puasa, bersolat maghrib dan terawih berjamaah.
Semoga Allah menerima semua amal-amal kita.

Catat Ulasan

SeRIA

SeRIA

Laman SeRIA

Assalamu'alaikum .... Selamat Datang ke Blog Sekolah Rendah Ibnu 'Abbas (SeRIA) Kuantan. Sukacita kami memaparkan info terkini aktiviti yang berlaku disekolah sebagai gambaran senario di SeRIA.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP